Home Top Ad

Responsive Ads Here

  Petua dan herba kongsibersamanora adalah sebuah contest yang agak berbeza kerana ianya berkaitan dengan tumbuhan atau herba.Ini adalah p...

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora


 http://kongsibersamanora.blogspot.com/2015/02/contest-petua-dan-herba-kongsibersamanora.html

Petua dan herba kongsibersamanora adalah sebuah contest yang agak berbeza kerana ianya berkaitan dengan tumbuhan atau herba.Ini adalah pertama kali dan satu-satunya blog yang pernah saya lawati yang penulisannya lebih kepada amalan,petua,doa dan herba yang boleh diamalkan untuk kesihatan tubuh badan kita.



 Blog kongsibersamanora, juga banyak menceritakan tentang kehebatan herba-herba serta tips kesihatan dan kecantikan yang mana dizaman seba canggih ini kita semakin melupakannya.



Teruja nak join dengan Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora yang dianjurkan oleh beliau,kerana ini sedikit sebanyak telah menyedarkan saya selama ini di persekitaran saya terdapat pokok herba atau tumbuhan semulajadi yang saya langsung tidak pernah ambil peduli tentang khasiat serta kepentingannya.



Dalam entri saya kali ini,ingin sekali saya berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya dengan tumbuhan yang selama ini saya abaikan dan tidak pernah tahu tentang khasiatnya.

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora







Alkisah Pokok Dukung Anak



Kenapa pokok Dukung Anak yang menjadi pilihan saya?Walaupun saya dilahirkan dan dibesarkan di kampung dan emak serta nenek saya masih mengamalkan ilmu perubatan kampung,tapi saya berasa gagal kerana tidak mampu mengikut jejak langkah mereka sebab saya alpa dan jahil tentang ilmu perubatan kampung yang berasaskan petua serta khasiat tumbuhan herba itu sendiri.



Alkisahnya apabila saya melahirkan anak sulung,anak pula disahkan kena demam kuning(jaundis).Ibu mana yang tak risau apalagi anak sulung yang tak ada pengalaman kan.Kena pula berpantang sendirian.Sedih tau...



Ramai sanak saudara,sahabat handai serta kenalan berkongsi petua tentang deman kuning.Bukan tak tahu susu ibu adalah yang terbaik,itu saya akui tapi oleh kerana kesiankan bayi yang baru lahir hari-hari dicucuk jarum,terpaksalah juga mencari iktiar lain.



Macam-macam usaha dicuba antaranya ialah susu kambing,madu,anggur hitam,halwa kundur serta sengkuang cina,dengan bagi mandi macam-macam herba mandian namun semuanya hanyalah sia-sia.Nak ikutkan habis semua petua di selongkar dan digoogle,sampailah mak saya kata cuba mandikan dengan pokok Dukung Anak.Dia kata pokok ini tumbuh meliar dan seakan-akan pokok semalu.Kata kat mak mana lah nak cari kat kawasan perumahan nie.Tapi tetap juga google kat internet untuk mengetahui rupa sebenar pokok Dukung Anak yang sebelum ini tak pernah tahu pun.



Akhirnya jumpa,dalam hati lahh ini ke pokoknya..yang tumbuh dekat tepi longkang dan pasu.Masa itu jugalah suruh suami ambil dan rebus.Bila air rebusan dah suam mandikan bayi 2 kali sehari pagi dan petang.Alhamdulillah dengan izinnya, kuning anak turun mendadak.Dan selepas itu dah tak perlu berulang-alik ke hospital lagi.Lega hati mak.



Petua dan Khasiat Pokok Dukung Anak

Dari situ nampak kepentingan pokok Dukung Anak ini. Sehingga kini saya tidak lagi membuang atau mencabut pokok ini yang tumbuh meliar di pasu dan juga tepi longkang rumah saya kerana menyedari akan khasiatnya.

Oleh itu,mari kita kenali dengan lebih dekat lagi tentang pokok Dukung Anak ini.



Pokok Dukung Anak.
Nama Saintifik: Phyllanthus Niruri
Famili: Eurphorbiaceae
Nama Biasa: Dukung Anak
Nama lain: Kelek anak, meniran(indonesia),Bhuaionla, kiranelligida(india)
Lokasi dijumpai: Di tepi longkang dan di kawasan pertanian



Keterangan  

Selalunya tumbuh di kawasan yang tanahnya agak keras, seperti di celah retakan simen. Juga boleh didapati di kawasan kebun-kebun sayur dan tanah terbiar. Daun pokok ini adalah dari jenis majmuk bipinat, daunnya kecil berwarna hijau yang agak gelap dan tersusun berselang seli dengan jarak lebih kurang 6-10mm. Ia adalah herba tahunan(annual) dengan ketinggian lebih kurang 30-60 cm. Ia mempunyai bunga yang berwarna putih kekuningan dan satu tangkai bunga mempunyai bunga-bunga kecil yang banyak .



Khasiat Dan Kegunaan

Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah.

Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu.Pada penghujung tahun 80-an ia dikenal pasti mempunyai kekuatan antivirus untuk melawan Hepatitis B termasuk mengandungi fit yang dapat mengawal sel daripada pencemaran persekitaran.


Di malaysia,DUkung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran.Malah,ia turut digunakan sebagai penawar cirit-birit,masalh ginjal,gonorrhea dan sifilis.Manakala,jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan utnuk menguatkan ginjal.



Kaedah Rawatan




1. Bagi merawat penyakit karang, kencing berdarah dan penyakit kuning/demam kuning; ambil pokok dukung anak berserta akarnya sekali, kemudian tumbuk sehingga lumat (masukkan sedikit air) lalu ambil airnya itu dan diberi minum kepada pesakit berkenaan.


2. Bagi merawat penyakit dedas, kencing manis dan anak-anak kencing malam; ambil pokok dukung anak berserta akarnya sekali, lalu dijemur sehingga kering, setelah itu rebuslah dan minum airnya. Kaedah ini sesuai juga untuk golongan warga emas yang menghadapi penyakit kuning atau masalah perut kembung dan buncit.
3. Kaedah lain bagi merawat penyakit kuning/demam kuning; ambil pokok dukung anak yang masih segar berserta akarnya sekali dan bersihkannya dan setelah itu rebus pokok itu. Air rebusan itu boleh diminum atau dibuat mandi. Kaedah ini sesuai untuk bayi, kanak-kanak mahupun orang-orabg dewasa. 


4. Kaedah lain untuk merawat penyakit demam kuning menggunakan pokok dukung anak iaitu ambil segenggam daun dukung anak (daunnya sahaja), tumbuk sehingga halus (lumat) dan tuangkan air masak (air mati) atau air suam ke dalamnya dan masukkan sedikit garam. Minumlah air tersebut sebanyak segelas (waktu pagi) dan segelas (waktu petang). Insya Allah, dalam masa dua (2) minggu penyakit demam kuning akan hilang.
5. Bagi merawat penyakit kencing berdarah, ambil pokok dukung anak beserta akarnya yang telah dibersihkan, rebus pokok itu dan minum airnya dua (2) kali sehari. Minum selama lima (5) hari berturut-turut. 

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora






Wah panjangnya entri saya,macam karangan atau luahan hati.InsyaAllah pokok Dukung Anak ini akan berjasa lagi untuk kali kedua apabila baby kedua bakal lahir dan harap-harap semuanya selamat nanti juga murah rezeki untuk baby...amin.

 Antara 3 artikel pilihan dari blog kongsibersamanora ialah:





Manusia merawat penyakit, Allah S.W.T yang menyembuhkannya. Allah S.W.T yang mendatangkan penyakit untuk menguji manusia, Allah juga yang memberikan penawar penyakit itu. Dengan itu, Herba, Ulam, Sayur-sayuran dan Buah-buahan itu adalah penawar penyakit yang dialami manusia.




* "Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficial ByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppe NadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz

3 comments:

  1. Assalam. Terima kasih kerana menghantar penyertaan contest petua dan herba kongsibersamanora. banyakkan tumbuh2an dan herba yg hebat khasiatnya yg dpt diamalkan oleh kita

    semoga berjaya dan gd luck

    ReplyDelete
  2. WAHHH WAHH !

    HEHE..ALL THE BEST, GOODLUCKK !

    MEH SINNGAH TGK BLOG KcIL SY :)
    optimist@windmilling.com

    ReplyDelete
  3. sama lah kita....
    "laaaahh, inikah pokoknya.."
    shad baru tahu pokok ni namanya pokok dukung anak..

    ReplyDelete